Home Berita PAS Selangor

Longgokan ricih tayar terbakar di premis jeti Sritama – Pesuruhjaya PAS Selangor

24
SHARE

May be an image of fire and outdoors

Dari Jendela Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Ahmad Yunus Hairi | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi

Kuala Langat | Kebakaran telah berlaku dilonggokan ricih tayar yang masih belum terpadam sejak beberapa hari lalu. Kebakaran bermula pada hari Sabtu 26 Jun 4 petang melibatkan lebih kurang 2000 MT longgokan ricih tayar seluas 4000 kaki persegi yang di import dari luar termasuk Negara Australia. Anggaran longgokan sejumlah 5000 MT.

May be an image of fire and outdoorsDimaklumkan bahawa aktiviti ini tidak mendapat kebenaran dari pihak Majlis Perbandaran Kuala Langat bermakna aktiviti berlaku secara haram. Pihak Bomba dan Penyelamat sedang bertungkus lumus cuba memadamkan kebakaran tersebut. Pihak Jabatan Alam Sekitar Sepang telah memanggil pihak Jeti Sritama untuk penyiasatan dan maklum balas lanjut.

Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Ahmad Yunus Hairi juga Ahli Dewan Negeri Sijangkang sempat ditemuramah bersama wartawan dan Media TV3 yang buat liputan di lokasi. Kesan bau yang terlalu busuk menyelubungi kawasan sekitar dan asap tebal masih kelihatan dari kawasan kebakaran. Rakyat tempatan sangat kecewa dan berharap tindakan mengikut lunas undang-undang akan diambil dan kejadian yang sama tidak akan berulang.

May be an image of fire and outdoors

“Saya berharap agar pihak yang berautoriti akan bertindak lebih tegas lagi bagi melihat secara keseluruhan aktiviti industri di kawasan jeti ini dan jeti-jeti yang berdekatan. Pejabat Tanah Daerah Kuala Langat, MPKL, JAS, LUAS dan Lembaga Pelabohan Klang harus bergerak secara bersepadu bagi memutihkan kegiatan industri di kawasan ini”, ujar beliau lagi mengakhiri kenyataan ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor