Home Berita PAS Terengganu

PEMULIH : diskaun bil elektrik untuk rakyat, sektor ekonomi terjejas

18
SHARE
MELAKA, 30 Nov — Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menukar kira-kira 100,000 daripada 340,000 meter rumah penduduk di negeri ini dengan meter pintar.
TNB menerusi kenyataan media berkata, pengguna yang telah menerima notis pemasangan meter pintar digalakkan membuat temu janji awal bagi memudahkan petugas memasuki premis dan melakukan tugas penukaran meter baharu.
–fotoBERNAMA HAK CIPTA TERPELIHARA

PUTRAJAYA, 30 Jun – Kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bil elektrik antara lima hingga 40 peratus mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 900 kilowatt jam (kWh) sebulan bagi meringankan beban perbelanjaan bulanan rakyat.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, diskaun sebanyak 40 peratus akan diberikan kepada penggunaan elektrik bawah 200 kWh sebulan dan 15 peratus bagi penggunaan antara 201 hingga 300 kWh sebulan.

“Secara keseluruhan, rakyat akan mendapat diskaun berjumlah RM346 juta dan diskaun ini akan berkuat kuasa bagi tempoh tiga bulan mulai bil bulan Julai 2021,” ujarnya pada Pengumuman Khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih), kelmarin.

Mengulas lanjut katanya, bagi sektor ekonomi yang terjejas khususnya pengendali hotel, taman-taman tema, pusat konvensyen, pusat beli-belah, pejabat syarikat pelancongan tempatan serta agensi pengembaraan dan pelancongan, turut dilanjutkan tiga bulan lagi diskaun bil elektrik sebanyak 10 peratus bagi bil bulan Oktober hingga Disember 2021.

“Dengan pemberian diskaun elektrik kepada pengguna domestik dan bukan domestik ini, kerajaan akan menanggung kos tambahan sebanyak RM1 bilion,” jelas Muhyiddin.