Home Berita PAS Terengganu

PEMULIH : RM20 Juta peruntukan bimbing OKU, gelandangan berniaga

8
SHARE

PUTRAJAYA, 30 Jun – Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM20 juta untuk melaksanakan Program Jaringan Inisiatif Umum (JITU).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia bertujuan menyediakan bantuan asas modal perniagaan dan membimbing OKU dan gelandangan dalam perniagaan.

“Sejumlah RM20 juta diperuntuk bagi tujuan ini dan dijangka dapat memberi manfaat kepada lebih 40,000 individu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Pengumuman Khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih), semalam.