Home Berita PAS Selangor

Pemuda Sepang sertai program ‘ROAD TOUR’ HSN2021 – DPPK Sepang

20
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

SEPANG, 3 Oktober – Dewan Pemuda PAS Kawasan Sepang meraikan sebuah program ‘ROAD TOUR’ bersempena Hari Sukan Negara peringkat negeri Selangor bersama YB Muhammad Hilman Idham.

Berkesempatan juga 3 Ketua Pemuda Sepang untuk bertemu dalam program tersebut, termasuk Ketua Pemuda PAS Sepang, Ketua Pemuda UMNO Sepang dan Ketua Pemuda Armada Sepang.

“Dewan Pemuda PAS Kawasan Sepang berkesempatan juga untuk bersua muka dengan YB DUN Dengkil”, jelas Pemuda PAS Sepang.

Program yang bermula di ‘checkpoint’ pertama iaitu di Medan Selera Pekan Sepang dan seterusnya mara ke ‘checkpoint’ kedua yang bertempat di Pantai Bagan Lalang.

Ketua Pemuda PAS Sepang, Ustaz Radzie menjadi wakil kepada Ustaz Hanafi Zulkapli, sebagai Ketua Pemuda Perikatan Nasional bagi menerima QR CODE Hari Sukan Negara (HSN) 2021 di Bagan Lalang.

“Semoga Pertemuan ini memberi impak dan natijah yang baik dan berterusan demi Malaysia yang tercinta”.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor