Home Berita PAS Selangor

MN Kota Raja serah bantuan kepada penduduk terjejas – PAS Kawasan Kota Raja

36
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja

Oleh : Umar Al-Hayawi

KOTA RAJA, 3 Oktober – Muafakat Nasional Kota Raja diwakili YDP PAS Kawasan Kota Raja, Tuan Haji Mohamed Diah Baharun dan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Datuk Kamaruzzaman Johari menyampaikan sumbangan ‘Bakul Makanan’ kepada penduduk tempatan yang terkesan akibat Pandemik COVID-19.

Program tersebut turut dihadiri oleh Jawatankuasa tertinggi kedua-dua parti iaitu daripada PAS Kawasan Kota Raja serta UMNO Bahagian Kota Raja.

Semoga sedikit bantuan yang telah dihulurkan ini dapat memberi manfaat kepada keluarga para penerima dan juga semoga bantuan tersebut dapat meringankan sedikit beban yang dihadapi mereka dalam meneruskan lagi kehidupan semasa pandemik COVID-19 ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor