Home Berita PAS Perlis

Pemuda, PASTI Arau adakan ziarah kebajikan

62
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

ARAU, 25 Julai: Dewan Pemuda PAS Kawasan Arau, PASTI Kawasan Arau dan Majlis Guru PASTI (MGP) Kawasan Arau telah mengadakan program Ziarah Kebajikan Guru PASTI Arau semalam.

Program berkenaan mensasarkan guru-guru PASTI yang sedang diuji dengan musibah dan kesusahan.

Antara yang turut serta dalam ziarah berkenaan, Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Arau, Amrul Amri Chan dan Pengerusi MGP Arau, Mashitoh Baharom.

Menurut Pengerusi PASTI Kawasan Arau, Abd Hadi Halipah, seramai enam orang guru telah diziarahi.

“Kebanyakan daripada mereka yang diziarahi terpaksa menjaga ahli keluarga yang sedang terlantar sakit.

“Selain itu, kami juga turut menziarahi dua orang guru PASTI yang sedang menjalani kuarantin di rumah,” katanya ketika dihubungi di sini.