Home Berita PAS Perlis

PASTI Malaysia anjur Fun Run

584
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

ARAU, 25 Julai: Bahagian Kokurikulum PASTI Malaysia menganjurkan Fun Run PASTI Malaysia 2021 terbuka kepada para pelajar PASTI dari seluruh negara.

Menurut Pengarah Bahagian Kokurikulum PASTI Malaysia, Mohd Yasir Mohd Kamil, acara berkenaan berlangsung selama 11 hari, bermula 21 Julai lalu.

“Semua murid PASTI berumur 4, 5 dan 6 tahun sama ada lelaki mahupun perempuan, adalah digalakkan untuk menyertai acara ini.

“Mereka hanya perlu membuat larian sejauh satu kilometer di kawasan berhampiran kediaman masing-masing dengan pemantauan waris,” katanya ketika dihubungi pagi ini.

Jelasnya lagi, larian berkenaan hendaklah direkodkan dalam bentuk rakaman video dan dihantar kepada guru PASTI murid berkenaan.

“Rakaman video hendaklah tidak lebih daripada tiga minit dan dihantar ke PASTI Cawangan tempat murid berkenaan belajar selewat-lewatnya 31 Julai 2021.

“Pihak PASTI Cawangan kemudiannya akan membuat pengesahan penyertaan murid dan semua peserta yang menyertai Fun Run PASTI Malaysia 2021 ini akan menerima sijil penyertaan daripada pihak PASTI Malaysia,” ujarnya.