Home Berita PAS Wilayah

Pemuda PAS Wilayah bantu peniaga belia dan beliawanis sejahtera

42
SHARE

Oleh :WAN MUHAMMAD AZMIL AKID WAN MOHD MARZUKI

Foto : Hakim Al-Hashimi

BATU, 7 Ogos: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) telah menyampaikan Sumbangan Projek Bantu Niaga Belia Sejahtera Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) bagi penerima di peringkat Wilayah Persekutuan.
Sumbangan berkenaan telah disampaikan oleh Tuan Haji Kamaruzaman Bin Mohamad , AJK PAS Pusat pada Muktamar DPPWP Kali ke-37 yang berlangsung di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM).

Penerima belia dari kawasan Batu, Muhammad Rizal Hakim Bin Ismail, 24 tahun dan beliawanis dari Segambut , Tasha Syaafiah Binti Abdullah ,19 tahun yang ditemani ayah beliau telah menerima tajaan berbentuk gerai dan kelengkapan bagi memulakan perniagaan burger manakala penerima dari Labuan, Puan Nur Hidayah Binti Jos, 36 tahun menerima sumbangan tajaan kewangan bagi membaikpulih gerai yang rosak.

Pengerusi Lajnah Kebajikan DPPWP, Sdr. Mohd Azry Omar berterima kasih kepada DPPM diatas penganjuran projek bantu niaga ini dan kos keseluruhan berjumlah RM5000.00.

“Projek seumpama ini sangat bermanfaat dan membuktikan pemuda PAS bukan sahaja cakna kepada kebajikan anak muda belia, malah turut memberikan solusi dalam meningkatkan taraf hidup bagi belia dan beliawanis yang minat untuk berniaga.

“DPPM menerusi Lajnah Kebajikan akan meneruskan projek ini di seluruh negara dan buat masa ini kuota 3 penerima dari setiap negeri telah dipenuhi di peringkat Wilayah Persekutuan,” ujarnya lagi.

Program seumpama ini membuka peluang buat belia & beliawanis yang berminat untuk memiliki perniagaan sendiri memulakan langkah mereka sebagai seorang usahawan.