Home Berita PAS Wilayah

Pemuda PAS Wangsa Maju, NGO bantu penduduk Taman Melati.

151
SHARE

WANGSA MAJU, 14 Jun – Pemuda PAS Wangsa Maju dengan kerjasama Muslim Care Malaysia (NGO) meneruskan sumbangan #DAPURRAKYAT kepada 10 keluarga yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Pangsapuri DBKL Fasa 2, Taman Melati, semalam.

Menurut Ketua Pemuda PAS Wangsa Maju, Mohd Abdul Hadi, sumbangan yang diberikan berbentuk beras, gula, garam, telur, tepung serta ayam.

“Sumbangan ini khas daripada Penyelaras Parlimen Wangsa Maju, YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh (YB Kak Nuri) untuk penduduk yang terputus sumber bekalan makanan selain terjejas punca pendapatan.

“Kami harap sumbangan ini meringankan beban keluarga terkesan,” katanya selepas menyerahkan barangan berkenaan kepada penerima bantuan #DAPURRAKYAT.

Sementara itu, Siti Aminah mewakili penduduk Pangsapuri DBKL Fasa 2 yang menerima sumbangan berkenaan amat merasakan manfaat daripada sumbangan yang diberikan.

Orang ramai boleh menyumbang kepada dana #DAPURRAKYAT dengan menghubungi Dewan PAS Kawasan Wangsa Maju di talian 01138768585 atau terus ke akaun MAYBANK- 564557122098 – Dewan Pemuda PAS Kawasan Wangsa Maju.