Home Berita PAS Wilayah

15 keluarga gembira terima bantuan YB Kak Nuri

21
SHARE

WANGSA MAJU, 14 Jun – PAS Kawasan Wangsa Maju menyampaikan sumbangan #DAPURRAKYAT kepada 15 buah keluarga yang terjejas dengan pandemik COVID-19 di PASTI As-Siddiqin,Taman Setapak Indah semalam.

Menurut AJK PAS Wangsa Maju, Muhammad Hakim, YB Kak Nuri dan PAS Wangsa Maju komited membantu masyarakat yang memerlukan seperti asnaf, ibu tunggal, anak yatim, dan lain-lain.

“Bantuan ini kita usahakan atas kesedaran bahawa ramai di antara kita berdepan kesukaran akibat penularan wabak COVID-19.

“Ada dalam kalangan mereka terpaksa diberhentikan kerja berikutan penutupan syarikat selain ada yang dipotong gaji.

“Justeru, pemberian sumbangan bakul makanan ini adalah sebahagian daripada program tanggungjawab sosial dalam membantu golongan yang memerlukan sepanjang pandemik COVID-19,” jelasnya.

Sementara itu, Fauziah Hamid, 50 menyifatkan sumbangan yang diterima sebagai suatu keprihatinan yang amat dihargai oleh beliau dan keluarga yang terjejas dengan COVID-19.

“Penularan pandemik COVID-19 turut memberi kesan buruk terhadap saya dan suami. In shaa Allah kami rusaha sebaik mungkin untuk menyusun semula model perniagaan agar sesuai dengan cabaran semasa,” katanya.