Home Artikel PAS Wilayah

Pemuda PAS Wangsa Maju cakna kebajikan pelajar PASTI

44
SHARE

WANGSA MAJU, 17 Mei – Dewan Pemuda PAS Kawasan Wangsa Maju telah menghulurkan bantuan Aidilfitri kepada keluarga pelajar PASTI Wangsa Maju dalam satu program di PASTI Saidatina Khadijah, Taman Ibu Kota di sini pagi tadi.

Seramai 15 pelajar PASTI telah menerima sumbangan kelolaan Penyelaras Parlimen Wangsa Maju, YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh yang disampaikan oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan Wangsa Maju, Ustaz Mohd Abdul Hadi.

“Alhamdulillah, sumbangan yang telah diperolehi daripada Penyelaras Parlimen Wangsa Maju, YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh telah kita gunakan kepada keluarga para pelajar yang kurang kemampuan ini.

“Bagi pihak YB Senator, saya berharap agar sumbangan yang tidak seberapa ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban perbelanjaan yang perlu ditanggung oleh para waris di samping menggembirakan para pelajar PASTI yang sedang menyambut hari raya Aidilfitri,” katanya ketika ditemui di sini pagi tadi.

Turut hadir bersama menyampaikan bantuan Aidilfitri ini adalah Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Wangsa Maju, Muhd Nur Azmi Yusuf, Naib Ketua Pemuda PAS Kawasan Wangsa Maju, Ustaz Mahfuzan Gaddafi dan Pengurus PASTI Wangsa Maju