Home Ketua Penerangan PAS Pusat

PAS Rakam Tahniah Komik Propaganda Komunis Diharamkan

190 views
SHARE


Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

PAS Rakam Tahniah Komik Propaganda Komunis Diharamkan


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang telah mengharamkan komik propaganda komunis bertajuk “Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama”.

Ia diumumkan dalam satu kenyataan lewat petang ini, ekoran beberapa laporan polis yang telah dibuat oleh pimpinan dan aktivis PAS, selain desakan daripada rakyat Malaysia yang prihatin supaya tindakan diambil untuk menyekat pengaruh yang boleh merosakkan keharmonian negara.

PAS turut mendesak dalang yang terlibat dalam penerbitan dan pengedaran komik propaganda ini disiasat dan dibawa ke muka pengadilan sewajarnya.

Tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia!

“Islam Memimpin Perpaduan”
“Muafakat Nasional, Membina Malaysia Sejahtera”

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
23 Oktober 2019 | 24 Safar 1441