Home Berita PAS Selangor

Pemuda PAS Sungai Besar bantu keluarga yang dikuarantin – DPPK Sungai Besar

16
SHARE

No photo description available.

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Sungai Besar | Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Besar menceritakan bahawa mereka telah terima satu mesej daripada seseorang yang mengatakan ada sebuah keluarga yang sedang dikuarantin dan memerlukan sedikit bantuan. Dengan segera, team kebajikan Pemuda PAS Sungai Besar bertindak dengan menghulurkan sedikit barangan asas untuk keperluan keluarga ini sepanjang tempoh kuarantin.

Dimaklumkan bahawa ketiga-tiga ahli keluarga yang tinggal di rumah ini adalah positif Covid-19 dan salah seorang ahli keluarga tersebut baru balik ke rumah setelah pulang dari pusat kuarantin.

Menurut mereka di Kampung Parit 11, Sungai Panjang telah wujud satu kluster komuniti iaitu Kluster Parit Sebelas. Pemuda PAS Kawasan Sungai Besar mengharapkan agar semua komuniti di kampung ini dan sekitarnya terus mengamalkan SOP yang telah ditetapkan. Hentikan virus ini dari terus merebak ke tempat-tempat yang lain.

Kepada yang diuji dengan pelbagai ujian ketika ini, berusaha dan berdoalah kepada Allah dalam apa jua keadaan. Ditambah lagi jika hujan membasahi bumi tika ini, semoga membawa rahmat dan keberkatan buat semua. Ketika hujan turun juga adalah antara waktu yang mustajab untuk berdoa, teruskan berdoa dan jangan putus asa untuk bermohon kepada Allah.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor