Home Berita PAS Selangor

PAS Cawangan Simpang 3 agihkan barangan dapur – PAS Kawasan Gombak

8
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Gombak

Oleh : Umar Al-Hayawi

Gombak | Rakyat kini berada dalam kesusahan dan amat memerlukan bantuan. Semua ini hasil penangan wabak Covid-19 yang telah membataskan segala aktiviti manusia diseluruh dunia. Malaysia yang juga merupakan negara yang terkesan dengan pandemik ini turut mengalami kelumpuhan ekonomi.

PAS cawangan Simpang 3 telah mengagihkan barang-barang dapur serta sayur-sayuran kepada 20 orang penduduk tempatan yang rata-rata mengalami kesempitan hidup akibat pandemik Covid-19. Ribuan terima kasih buat hamba Allah yang telah menyumbang dan juga terima kasih kepada ahli bomba yang telah membantu memberi sayur-sayuran tersebut.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor