Home Artikel PAS Selangor

Pemuda Pas Sungai Besar Alu-alukan Penderma Darah

490
SHARE

 

Sungai Besar – 21 Jun 2020, PAS Kawasan Sungai Besar bersama-sama Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda menggembeling tenaga menganjurkan Kempen Derma Darah bagi membantu meningkatkan peratusan keperluan darah.

Kempen derma darah ini diadakan di Markas PAS Simpang 5 bersebelahan Klinik Kesihatan Simpang 5.

Menjangkakan seramai 80 orang akan turun memberikan sokongan dan derma darah mereka bagi menampung keperluan kata ketua pemudanya Ustaz Ahsani Takwim Bin Jasman.

Setakat jam 11 pagi seramai 33 yang telah hadir memberikan sokongan dan di anggarkan lebih ramai lagi akan hadir pada hari ini.

Kempen ini dibuat bagi membantu Hospital Teluk Intan yang sedang kekurangan dan akan berakhir jam 3 petang.