Home Artikel PAS Sabah

Pemuda PAS Silam Bantu Mangsa Kebakaran.

366
SHARE

Oleh : Yusmedzar Baco
1 Februari 2020

LAHAD DATU : Dewan Pemuda PAS Kawasan Silam dengan kerjasama Jabatan Amal Malaysia Kawasan Silam bertindak membantu mangsa kebakaran maahad tahfiz dan masjid di Kampung Imam, Sapagaya yang berlaku pada 29 Januari lepas, semalam.

Seramai 21 orang pelajar Maahad Tahfiz Kampung Imam telah terlibat dalam kebakaran tersebut, namun tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan.

Bantuan tersebut merupakan kutipan sumbangan berbentuk bahan mentah makanan dan juga pakaian yang dikumpul daripada orang ramai sejak beberapa hari lepas.

Sumbangan tersebut telah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Silam, Mohd Ahzam Che Mat dan diiringi oleh Komandan Jabatan Amal Malaysia Kawasan Silam, Nizam Latuah serta beberapa orang lagi anggota JAM yang lain.

Penyampaian sumbangan turut disertakan dengan bacaan doa daripada penyelia maahad tahfiz tersebut sebagai tanda kesyukuran atas sumbangan yang diberikan.