Home Artikel PAS Sabah

Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Mudir & Jawatankuasa JIBG PASTI Kawasan Tawau

456
SHARE

OLEH : DARAMANSAH LAMASA
02.02.2020

TAWAU : Seramai 52 Mudir dan Pengerusi Jemaah Ibubapa Dan Guru (JIBG) PASTI Kawasan Tawau telah menerima watikah perlantikan ,
bertempat di sebuah hotel terkemuka, di sini, petang, kelmarin.

Majlis penyerahan tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Sektor Pendidikan, Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS), Ustaz Rosli Hassan, yang juga merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau (DPPKT).

Dalam ucapan perasmian, Ustaz Rosli telah menegaskan bahawa PAS tetap memberikan komitmen yang tinggi bagi memastikan rakyat Malaysia amnya mendapat pendidikan awal yang terbaik melalui
PASTI.

“Saya berharap agar PASTI terus menjadi peneraju utama kepada kecemerlangan Pra-Sekolah di negara ini.

“Saya juga berharap kerjasama daripada masyarakat semakin erat melalui pembentukan JIBG serta perlantikan Mudir.

” Perlantikan JIBG dan Mudir telah banyak melancarkan setiap program dan aktiviti yang telah dirancang,” katanya.

Dalam majlis yang sama, Pengerusi PASTI Kawasan Tawau, Irwan Hamdan telah memberikan memberikan taklimat awal tentang tugas dan tanggungjawab asas para Mudir dan Jawatankuasa JIBG.

Majlis yang bermula pada jam 2.00 petang itu berakhir sekitar jam 4.00 petang.