Home Berita PAS Selangor

Apa saja signal demi kebajikan rakyat, usah dipolitikkan – KPen PAS Selangor

14
SHARE

May be an image of 2 people and text

Dari Meja Ketua Penerangan PAS Selangor | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Us. Syarhan Humaizi Halim
Ketua Penerangan PAS Selangor

Hampir sekitar 2 tahun pandemik Covid-19 melanda negara bahkan dunia. Bukan sahaja rakyat jelata terjejas, terdapat beberapa negara di dunia mengalami krisis keruntuhan dan kejatuhan sistem pentadbiran. Sudah berada di luar kerangka kemampuan untuk menguruskan negara.

Dalam negara kita Malaysia, tidak dinafikan turut terkesan dengan serangan pandemik. Rakyat jelata terkesan. ‘Survival’ hidup menjadi isu utama. Iaitu rata-rata kebanyakan rakyat yang berniaga secara kecil-kecilan, begitu juga syarikat-syarikat sangat terjejas dari sudut perniagaan.

Cuma, tidak keterlaluan boleh disebutkan bahawa rakyat Malaysia masih ada pihak yang peduli dan prihatin. Pihak Kerajaan Malaysia, sedari awal pandemik tidak berhenti-henti menyediakan insentif dan bantuan pada rakyat. Terbaru apabila YAB Perdana Menteri mengumumkan soal moratorium dan pakej PEMULIH yang menelan peruntukan keseluruhan sebanyak RM150 bilion. Manfaatnya buat semua rakyat bahkan semua Ahli Parlimen memperolehi bajet RM300 ribu bantuan bakul makanan termasuk Ahli Parlimen Pembangkang.

Begitu juga, kesan ekonomi rakyat disedari oleh pihak Parti PAS, NGO dan orang perseorangan. Seluruh negara semua entiti ini digerakkan untuk menyalurkan bantuan. Daripada PAS sendiri, Jabatan Amal, Khidmat Malaysia, Lajnah Kebajikan seluruh Parlimen bergerak tanpa henti. Samada diberikan signal bendera putih atau tidak. Tidak kira latar belakang politik, kaum dan agama.

Namun ada parti politik yang menangguk di air keruh. Mempolitikkan isu derita rakyat untuk menimbulkan keresahan dan serta melontarkan persepsi seakan pihak Kerajaan dan entiti ini tidak peduli nasib dan keluhan rakyat. Bendera putih yang dikatakan sebagai signal sebahagian rakyat memerlukan bantuan, dipolitikkan dengan menukar dan membawa persepsi bahawa yang menaikkan bendera putih adalah protes kepada pihak Kerajaan.

Sudah lah tidak melaksanakan kerja-kerja kebajikan walaupun memegang tampuk Kerajaan Negeri, meniupkan pula persepsi politik disaat suasana begini. Tumpukan lah khidmat untuk rakyat. Jangan semua perkara hendak dipolitikkan. Biar berpolitik secara “gentleman” di atas pentas politik yang benar. Bukan memperjudikan nasib rakyat.

19 Zulkaedah 1442H | 30 Jun 2021

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor