Home Artikel PAS Sabah

Muktamar Pemuda PAS Sabah Kali Ke 32 himpun perwakilan seluruh negeri.

333 views
SHARE

Oleh : Mustaman Bin Mustain
20 April 2019.

KOTA BELUD : Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) telah mengadakan Muktamar Tahunannya kali ke 32 hari ini bertempat di Sunset Beach Restaurant dekat sini.

Muktamar tersebut telah dihadiri oleh perwakilan daripada seluruh negeri termasuk kawasan Kota Belud sebagai tuan rumah disamping Tuaran, Silam, Semporna, Putatan, Keningau, Batu Sapi dan lain-lain.

Program ini diadakan sebagai medan muhasabah bagi DPPNS selain untuk mendapat saranan dan pandangan daripada kawasan seluruh negeri demi penambahbaikan organisasi.

Majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ir Hj Khairil Nizam Bin Khiruddin disamping beliau melancarkan Pencaran Dana Pembangunan SMITI Al-Hafidz.

Ketua Pemuda, Zulzaim Hilmee Abidin telah menyampaikan ucaptama bertajuk “Islam Memimpin Muafakat”.

Selain itu, beberapa anugerah telah diberikan iaitu Anugerah DPPK Terbaik dan Anugerah DPPK Harapan yang masing-masing disandang oleh DPPK Tawau dan DPPK Semporna.

Muktamar ini turut menobatkan Nasrullah Yali sebagai penerima Anugerah Tokoh Pemuda serta Kasman Karate sebagai penyandang Anugerah Pemuda Harapan.

Program tahunan DPPNS ini turut dihadiri oleh pemerhati daripada Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah iaitu Timbalan Pesuruhjaya II, Ust Haji Awang Laiman Ikin dan Ketua Penerangan, Abdul Hisham Othman.

Hadir sama Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Faizzuddin Zai sebagai pemerhati daripada DPPM dan Ketua Pemuda Umno Sabah, Ir Abdul Aziz Julkarnain serta rombongan beliau.