Home Berita PAS Sabah

Pemuda PAS Semporna prihatin terhadap golongan asnaf

1567
SHARE

Oleh: Azmah Hassan
2 Jun 2019

SEMPORNA : Pemuda PAS Semporna telah mengadakan ziarah dan pemberian sumbangan kepada golongan asnaf dalam kalangan miskin, Orang Kelainan Upaya serta warga emas di sekitar Kampung Tonggulangan dan Bugaya Darat, dekat sini petang semalam.

Program sempena Ramadan ini merupakan inisiatif tahunan Pemuda PAS Semporna dalam menyantuni golongan asnaf dengan mengambil maklum tentang keadaan yang mereka alami dalam menjalani kehidupan.

Program yang dipimpin oleh Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pemuda PAS Semporna, Razis Asparin itu telah menyampaikan sumbangan sekampit beras.

Katanya, program tersebut selain menjadi komitmen tahunan pihaknya, turut membina hubungan kemasyarakatan antara pemuda PAS dengan penduduk setempat.

Turut serta mengiringi menyampaikan sumbangan kepada para asnaf tersebut ialah Ketua Pemuda PAS Semporna, Huzaini Rohani.