Home Artikel PAS Sabah

Kongsi kegembiraan bersama asnaf dengan Seindah Syawal.

486
SHARE

Oleh: Liyana Dahon
01 Jun 2019

KINABATANGAN : Bersempena dengan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Kinabatangan tampil dengan program baharu, Seindah Syawal yang telah berlangsung hari ini di sekitar kawasan Bukit Garam, Kinabatangan.

Program ini bertujuan bagi meraikan golongan yang kurang berkemampuan dalam menyambut kemeriahan Syawal beberapa hari lagi dengan sumbangan berupa hamper aneka jenis kuih raya.

Program yang pertama kali dianjurkan pada tahun ini mendapat sambutan yang mengembirakan daripada penerima. Terpancar sinar kegembiraan di wajah mereka saat serahan disampaikan.

Kebanyakan penerima mengucapkan rasa syukur atas pemberian sumbangan dan tidak menyangka akan terima pemberian seperti ini sebelum Ramadan berakhir.

Turut sama menjayakan program ini adalah Penyelaras Dun Kuamut, Jumaidin Lakalla dan ahli PAS Kinabatangan.