Home Kenyataan Media PAS Selangor

PEMUDA PAS SELANGOR MENGUTUK SEKERAS-KERASNYA SERANGAN ISRAEL KE ATAS GAZA

58 views
SHARE

PEMUDA PAS SELANGOR MENGUTUK SEKERAS-KERASNYA SERANGAN ISRAEL KE ATAS GAZA

1. Pemuda PAS Selangor mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang dilancarkan oleh tentera Yahudi Zionist yang mengakibatkan korban nyawa kalangan kanak-kanak, wanita dan orang awam kalangan rakyat Palestin di Gaza.

2. Di kala umat Islam di seluruh dunia sedang bergembira menyambut bakal kedatangan bulan mulia, Ramadhan al-Mubarak, sikap tentera Yahudi Zionist dilihat merobek kegembiraan umat Islam malah sangat biadap yang tidak berperikemanusiaan dan tidak menghormati umat Islam dalam persiapan menyambut bulan Ramadhan.

3. Pemuda PAS Selangor berharap isu yang berlaku di tanah air Palestin sekarang ini turut diberikan perhatian oleh kerajaan Malaysia agar mengambil inisiatif bagi menyuarakan pandangan bagi mengutuk serangan tidak berperikemanusiaan ini serta menyediakan medium bagi menyalurkan bantuan kepada umat Islam di Palestin.

4. Pemuda PAS Selangor juga menyeru seluruh umat Islam khususnya Pemuda PAS Kawasan agar melazimi doa dan bermunajat kepada Allah SWT memohon dari-Nya agar diberikan nusrah khusus kepada umat Islam di Palestin. Mudah-mudahan dengan keberkatan dalam bulan Ramadhan ini, Allah SWT menurunkan pertolongan dan diberikan kekuatan kepada umat Islam untuk menghadapi Yahudi Zionist laknatullah ini.

BANGKIT; PEMUDA PERINTIS KEBANGKITAN UMMAH

Ustaz Hanafi bin Zulkapli
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Tarikh :29 Syaaban 1440 / 5 Mei 2019

Facebook : https://www.facebook.com/dppns.org/?ref=bookmarks
Twitter : https://twitter.com/DPPNSofficial?lang=en
Instagram : https://www.instagram.com/dppns_official/?hl=en