Home Artikel PAS Selangor

TARBIYATUL SYABAB | Dakwah Tanpa Sempadan

203 views
SHARE


TARBIYATUL SYABAB
Lakaran Potret Pemuda Islam

(Mereka Diberi Petunjuk Pada Mengucapkan Kata-Kata Yang Baik)

RAMADHAN 13 / 1438 H
“DAKWAH TANPA SEMPADAN”

Ramadhan bulan dakwah. Tugas menyampaikan dakwah serta menyebarkan Islam adalah tugas para Nabi a.s. Tugas tersebut terakam dalam al Quran dan diketahui oleh seluruh umat Islam. Di sambung oleh generasi kemudian sehingga kini.

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: “Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri” [Fushshilat: 33]

Kerja dakwah itu indah. Seni tarinya berhubung dengan “Pemberi Hidayah”.  Kemungkinan akan ada yang menerima dan akan ada yang menolak. Tugas “tetamu Ramadhan” adalah berdakwah menyampaikan risalah Islam dan terserah pada Allah untuk beri hidayah atau tidak kepada mereka. Yang pasti Allah itu Maha Adil untuk memberi kepada siapa yang ikhlas.

Pendakwah itu dipanggil juga Da’i. Da’i dalam bahasa arab. Hebat seorang da’i kerana melaksanakan tugas para Nabi a.s. Allah SWT sebut dalam Al Quran dan Nabi SAW sebut dalam hadisnya. Dalam sepotong hadis dinyatakan kelebihan seorang Da’i iaitu akan mendapat shalawat dari penduduk langit dan bumi. Dari Abu Umamah Al Bahili r.a, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda :

“Sesungguhnya para malaikat, serta semua penduduk langit dan bumi, sampai semut di dalam sarangnya, mereka semua  bershalawat (mendoakan dan memintakan ampun) atas orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia.” Riwayat Imam Tirmidzi

Justeru laksanakanlah tugas seorang Da’i. Jangan sekali-kali kita bersedih dan berduka cita dengan mereka yang enggan bersama Islam. Jangan menanggung kesalahan yang mereka sengaja cipta demi kepentingan dunia mereka. Tugas telah terlaksana. Serahkan bakinya kepada Allah SWT.

[Surat Al-Kahf 6]

Maksudnya : Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.

Ust Syarhan Humaizi Halim
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Selangor
#akupemudapas
#undilahpas