Home Artikel PAS Perlis

Pemuda PAS Kangar Anjur Gen-Q Bimbing Generasi Remaja

132
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : Jabatan Pembangunan Remaja (JPR), Dewan Pemuda PAS Kawasan Kangar telah menganjurkan Kem Generasi Al Quran 2019 (Gen-Q Siri 15) yang berlangsung selama dua hari bermula 7 Disember lalu.

Kem yang diadakan di Surau Nur Ahmadi, Abi Kubang Badak, dekat sini itu mendapat penyertaan seramai 73 orang peserta.

Sama seperti sebelumnya, penganjuran Gen-Q Siri 15 memfokuskan kepada matlamat melahirkan remaja soleh dan musleh mengikut acuan Al-Quran dan As-Sunnah.

Pengisian ilmu disampaikan dalam bentuk kuliah bermodul merangkumi elemen aqidah, ibadah dan sirah.

Turut diadakan, aktiviti berbentuk amali yang dikendalikan oleh para fasilitator terlatih bagi memantapkan lagi kefahaman para peserta khasnya dalam aspek berkaitan cara berwuduk dan solat.

Majlis penutupan kem dirasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan Kangar, Mohd. Saifizi Saidon.