Home Artikel PAS Sabah

MAT PAS Kawasan Silam disambut dengan norma baharu

633
SHARE

Oleh : Juliana Hamid
10 Ogos 2020

KUNAK : Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PAS Kawasan Silam kali ke-8 yang dihadiri seramai 108 orang di Dewan Arena Belia pagi ini.

MAT kali ini amat berbeza dengan tahun – tahun sebelumnya kerana beberapa perkara perlu dipatuhi selaras dengan arahan pihak kerajaan agar wabak pandemik Covid-19 tidak merebak.

Ketua Penerangan PAS Negeri Sabah, Haji Ahmad Dullah yang merasmikan MAT kali ini menjelaskan bahawa PAS adalah parti yang meletakkan Islam sebagai asas dalam setiap gerak kerja.

“PAS ditubuhkan bukan untuk pilihanraya semata tetapi adalah untuk menyambung perjuangan baginda Nabi Muhammad SAW dan ahli-ahli PAS perlu taat serta patuh pada pimpinan dalam apa jua situasi selagi ia tidak melanggar syarak,” Tegas Haji Ahmad.

Dalam MAT kali ini, seramai 16 orang menerima anugerah masing-masing bagi kategori anugerah pelajar cemerlang SPM & STPM, Hafiz Muda dan juga walimah tahun 2020.

Turut hadir dalam mesyuarat kali ini adalah YDP PAS Silam, Ramli Pataruddin, Ketua Urusan Ulama PAS Kalabakan, Roslan Ramli serta ahli jawatankuasa PAS Kawasan Silam.