Home Rencana PAS Selangor

Ayahanda Ronnie Liu : komunis yang mencampuri urusan umat Islam – KPen DPPK Sepang

121
SHARE

May be an image of 3 people and text that says "KAWASA 山 Kenyataan Penerangan PEMUDA PAS KAWASAN SEPANG RONNIE LIEW, USAH CAMPUR URUSAN ÚMAT ISLAM 28 OKTOBER 2021 FOLLOW LIKE PAGE: Pemuda PAS Sepang #MEMIMPIN DACS 140 /Youth4Green"

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Ainullutfi
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Sepang

1. Sekali lagi tular kenyataan biadap oleh RONNIE LIEW, pemimpin DAP (sang pejuang kebenaran kononnya) yang cuba mencampuri urusan umat ISLAM. Ronnie Liew dengan bangganya menyatakan “Liquors are haram for Muslim. No question on that. But it does not mean Muslims cannot even see. Hear, touch or transport liquors”.

2. Ni kami nak cerita sikit. Rasulullah S.A.W di dalam hadis baginda yang diriwayatkan daripada Anas R.A “Bahawa Rasulullah S.A.W telah melaknat sepuluh golongan yang terlibat dengan arak, iaitu orang yang memerah arak, orang yang diminta arak diperah untuknya, orang yang meminumnya, orang yang membawanya, orang yang meminta dibawa kepadanya, orang yang memberi minum arak kepada orang lain, orang yang menjual arak, orang yang mendapat hasil daripada arak, orang yang membeli arak dan orang yang meminta dibeli arak untuknya”.

(Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi).

3. Masa nak raih undi, bukan main pandai DAP guna dalil-dalil dalam agama Islam bagai, sampai tang benda-benda bahana ni, otak terus jatuh dalam longkang.

4. Oh satu lagi. Perkara ini menyalahi peruntukan yang ada di dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 melalui Seksyen 18 yang menyebutkan: “Mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

5. Mohon maaf terbuka ni dah tak function dah untuk DAP. Mana kena dengan selera dorang, dorang akan buat sampai jadi. Buang kerakyatan je senang.

6. Kepada Umat Islam, samada kita suka atau tidak Arak itu haram dari semua sudut. Baik dari parti dan organisasi mana sekalipun yang beragama Islam, kena sama-sama kekang benda ini. Mana yang termampu, jalankan tanggungjawab kita sebagai Muslim.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor