Home Kenyataan Media PAS Kedah

Pemuda PAS Negeri Kedah kesal dengan tindakan papagomo

5193
SHARE

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Nurul Amin

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
6 Disember 2020 | Ahad

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah kesal dengan tindakan Exco Pemuda UMNO Malaysia Wan Muhammad Azri(Papa Gomo) kerana secara melulu menuduh YAB MB Kedah di atas fakta yang salah.

Tidak ada mana-mana kenyataan YAB Menteri Besar Negeri Kedah yang menyentuh sensetiviti perkauman.

Adakah ini taraf exco Pemuda UMNO Malaysia yang membuat kesimpulan daripada kenyataan yang dikutip di tepi jalan?

Kami menasihati supaya UMNO BN memperkukukan rakan parti mereka MIC supaya menjadi warganegara yang patuh undang-undang

Adakah Papagomo juga mencari populariti murahan sehingga sampai terkeluar kenyataan di atas fakta yang salah?

Jika Papagomo tidak menarik balik tuduhan kepada YAB Menteri Besar Negeri Kedah, pihak kami akan melihat tindakan dari sudut undang-undang.

Yang Benar,

Ustaz Nurul Amin Hamid
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah