Home Artikel PAS Perlis

Majlis Anugerah Cemerlang Iktiraf Jasa Para Pendidik

496
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : Majlis Anugerah Cemerlang Institusi Pendidikan PAS Perlis 2020 yang diadakan semalam menjadi platform pengiktirafan PAS Negeri Perlis terhadap sumbangan serta jasa para pendidik yang telah berkhidmat di bawah institusi-institusi pendidikan milik parti berkenaan.

Seramai 47 orang pendidik telah naik ke pentas menerima anugerah pada majlis yang diadakan di Hotel Seri Malaysia, dekat sini.

Daripada jumlah itu, 32 orang penerima telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) manakala bagi Anugerah Khidmat Perak 20 Tahun Berkhidmat pula seramai 12 orang penerima.

Selain itu, tiga orang warga pendidik daripada PASTI iaitu Nor Hayati Abdul Razak, Norhashidah Mustafa dan Zarina Hamid pula terpilih menerima Anugerah Emas 30 Tahun Berkhidmat atas sumbangan mereka kepada PASTI dan juga parti.

Turut mencuri tumpuan, pasangan suami isteri iaitu Zul Hilmi Rasid (MADI) dan Annie Darlina Nazhime (SRI At-Taqwa) yang masing-masing naik ke pentas menerima Anugerah Penerima Cemerlang (APC).

Perasmian program telah disempurnakan oleh Mursyidul Am PAS Dato’ Tuan Guru Hj. Hashim Jasin.

Sehingga kini, sebanyak lima buah institusi pendidikan bernaung di bawah PAS Perlis iaitu Madrasah Diniah Islamiah (MADI) Jejawi Dalam, SRI Al-Furqan (SRIAF), SRI At-Taqwa (SRIAT), Maahad Tahfiz Al Quran Al Imam An Nawawi (MATIN) dan PASTI Negeri Perlis.