Home Berita PAS Perak

Pemuda PAS Lumut anjur Singgah sahur siri ke 11

126
SHARE

Oleh: Hafiz Green Mart

SERI MANJUNG, 28 April: Dewan Pemuda PAS Kawasan Lumut (DPPKL) baru-baru ini telah menganjurkan program Singgah Sahur membabitkan beberapa agensi kerajaan di sekitar Lumut.

Ketua DPPKL, Abd Basir Mohamad berkata program ini adalah merupakan program tradisi yang mana dijalankan setiap tahun apabila Bulan Ramadan tiba. 

“Tahun ini merupakan siri ke 11 program ini diadakan dan tujuan utamanya adalah sebagai tanda penghargaan disamping menyantuni petugas barisan hadapan seperti pihak Polis, bomba dan pasukan perubatan yang bertungkus lumus menjaga keselamatan dan ketenteraman orang awam,” ujarnya.

Menurut Naib Ketua Pemuda DPPKL, Muhammad Amirul Fahmi Ahmad Zambery, program ini juga merupakan kesinambungan dengan aktiviti pengedaran takwim Ramadan dan bubur lambuk pada awal Ramadan ini.

“Kita mengharapkan program yang dianjurkan ini dapat menjadi syiar disamping mengeratkan dan memperkukuhkan hubungan sesama umat Islam,” tambahnya lagi.

Aturcara yang bermula jam 12.30 tengah malam dan berakhir sekitar jam 4.00 pagi itu turut disertai oleh AJK PAS Kawasan Lumut, Muhammad Nizar Majid, Pengerusi DACS Lumut, Muhd Firdaus Tarmizi, dan ahli ARC dan Jabatan Amal Lumut.