Home Berita PAS Wilayah

Muslimat Wilayah anjur majlis tadarus, khatam Al-Quran

22
SHARE

Oleh DHIYA’ MUTMAINNAH

BATU, 26 Apr: Majlis Tadarus Dan Khatam Al-Quran Perdana anjuran Lajnah Tarbiyah Dan Perkaderan Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan (DMPWP) telah berlangsung di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) 16 April lalu.

Majlis yang disertai kira-kira 60 ahli DMPWP itu dimulakan dengan bacaan munajat AKIFI dan tadarus Al-Quran secara beramai-ramai sebelum diteruskan dengan Majlis Khatam Al-Quran selepas solat asar.

Turut hadir ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) merangkap Ketua DMPWP, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Naib Ketua DMPWP, Sharifah Rashida Syed Idrus dan Ketua Lajnah Tarbiyah Dan Perkaderan DMPWP, Salbiah Abd Wahab.

Ustazah Nuridah dalam ucapannya turut menzahirkan harapan agar hari-hari yang berbaki dalam bulan Ramadhan ini dapat diisi sebaik mungkin.

“Sekurang-kurangnya marilah kita berusaha untuk menjaga sebaiknya tiga perkara ini iaitu puasa, qiamullail (bangun malam) dan Al-Quran.

“Mudah-mudahan puasa kita adalah puasa zahir dan batin. Secara zahir kita menahan lapar dan dahaga sedang secara batin, kita memelihara akhlak dan diri daripada dosa dan maksiat. Semoga puasa kita menjadikan kita orang yang bertaqwa.

“Seterusnya tentang qiamullail, solat sunat tarawih dan solat-solat yang lain dalam bulan Ramadhan ini pula, ambillah ia sebagai latihan untuk kita menghidupkan malam apabila kita keluar dari Madrasah Ramadhan kelak.

“Manakala perihal kita dan Al-Quran pula, mari lebihkan bacaan Al-Quran kita daripada bulan-bulan lain. Banyak peristiwa yang berkait dengan Al-Quran dalam bulan Ramadhan. Bantu orang sekeliling yang masih