Home Artikel PAS Kedah

Pemuda PAS Kedah Utus Surat Kepada Mufti Cadang Benar Semula Akad Nikah Waktu PKP

1010
SHARE

Pemuda PAS Kedah Utus Surat Kepada Mufti Cadang Benar Semula Akad Nikah Waktu PKP

Dewan Pemuda PAS Kedah hari ini telah menghantar surat kepada Dato’ Paduka Mufti Negeri Kedah berhubung cadangan supaya majlis akad nikah di negeri Kedah dibenarkan semula dalam tempoh PKP dengan kaedah dan peraturan ketat seperti digariskan oleh KKM dan MKN.

Menyedari kesulitan dan keresahan bakal pengantin terutama dari kalangan anak muda,dan keberangkalian tempoh PKP mungkin dilanjutkan,adalah diharapkan dengan usaha kecil ini dianggap satu bentuk cadangan harmoni demi kebaikan bersama.

Kita akui tempoh PKP amat penting bagi memastikan rantaian jangkitan Covid-19 dapat diputuskan ,dalam masa yang sama memelihara maqasid syariah perlu banyak pihak memberikan pandangan demi kebaikan pada masa hadapan.

Terdapat dua bentuk pandangan yang dicadangkan kepada pihak Dato’ Paduka Mufti Kedah, semoga pihak Mufti dan pihak -pihak berkaitan mendengar suara kami mewakili suara rakyat.

Terima kasih kepada semua pihak , teruskan kepatuhan kepada PKP demi menangani wabak pendamik Covid-19.

Nurul Amin Bin Hamid
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah
18 April 2020