Home Berita PAS Kedah

Pemuda PAS Kedah santuni kaum Tiong Hua hadiahkan kuih bulan

18
SHARE

ALOR SETAR, 20 Sept – Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) hari ini mengadakan aktiviti menyampaikan kuih bulan kepada wakil masyarakat Tiong Hua di sekitar kawasan Alor Setar dan Pokok Sena sempena Perayaan Kuih Bulan.

Program anjuran Lajnah Perpaduan Kaum Dan NGO Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah ini diketuai Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Nurul Amin Hamid ditemani Saudara Abdul Hadi Omar selaku Ketua Penerangan DPPNK, Ustaz Nor Rahimin Bin Abd Rahim selaku Penolong Setiausaha DPPNK dan Saudara Khairul Anwar Awang Jaafar selaku Pengerusi Lajnah NGO dan Perpaduan Kaum DPPNK.

Kuih bulan ini diberikan kepada Dato’ Goh Chin Cheung, selaku Pengerusi MCA Negeri Kedah dan Saudara Quah Eng Hin, selaku Setiausaha Dewan Penduduk Taman Setia Jaya di sini hari ini.

Pemberian kuih bulan ini adalah tanda ingatan daripada Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah khususnya kepada masyarakat cina yang menjadi sebahagian dari ‘Keluarga Malaysia’ di negeri Kedah ini.

Selamat menyambut Perayaan Kuih Bulan kepada seluruh masyarakat cina.