JERLUN – Susulan kejadian ribut yang merosakkan lebih 10 buah rumah di Jerlun, Ahad lalu, Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah segera turun ke kawasan kejadian bagi memberi bantuan segera kepada mangsa ribut.
Program Ziarah Mangsa Ribut yang diketuai Ketua Lajnah Kebajikan DPPNK, Saudara Saifuddin Hassan dan Aktivis NGO Al-Azhar Care, Ustazah Effa Ismail menziarahi lima buah rumah di Kampung Telaga Batu, tujuh buah rumah di DUN Kubang Rotan, Pengkalan Kundur dan Anak Bukit.
Seorang penduduk, Md Radzi Mat Isa berkata kejadian itu kali pertama berlaku.
Semasa kejadian saya nak pergi mandi di bilik air, tiba-tiba dengar bunyi empat ke lima kali meletop, lepas tu saya keluar untuk azan, tidak sempat habis azan tengok-tengok bumbung dah tercabut, selepas itu anak jerit bumbung dah tercabut..saya redha apa yang berlaku,” katanya.
Turut hadir, Timbalan Ketua Lajnah Kebajikan DPPNK, Ustaz Nasiruddin Haji Ramli, Penyelaras DUN Anak Bukit, Haji Rashidi Razak, Naib Yang DiPertua Kawasan Kuala Kedah, En Basir Ahmad.