Home Kenyataan Media PAS Kedah

Pemuda PAS Kedah bimbang anti nasional sudah mula doktrin pelajar sekolah

242
SHARE

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
07 Disember 2019

PEMUDA PAS KEDAH BIMBANG ANTI NASIONAL SUDAH MULA DOKTRIN PELAJAR SEKOLAH

1. Dewan pemuda PAS negeri Kedah kesal semenjak akhir-akhir ini ada pihak yang cuba mencabar kesabaran rakyat Malaysia, peristiwa yang boleh disifatkan sebagai anti nasional yang bertentangan dengan kepentingan negara kerap berlaku.

2. Yang terbaru, kami sangat kesal mengenai tular satu klip video yang memaparkan nyanyian lagu Negaraku oleh sekumpulan murid sekolah rendah dalam bahasa Mandarin

3. Semua sedia maklum bahawa Lagu kebangsaan, Negaraku tidak boleh diubah kerana telah diwartakan dalam Akta Lagu Kebangsaan 1968. lagu Negaraku yang menjadi lagu rasmi kebangsaan juga tidak boleh dipersendakan dalam apa jua bentuk. Lagu negaraku diwartakan sedemikian rupa dan sama sekali tidak boleh diubah hatta lirik dan melodinya oleh mana- mana pihak.

4. Kami merasakan tindakan ini adalah satu tindakan anti nasional, bertentangan dengan kepentingan negara, iaitu lagu kebangsaan itu sendiri dengan menukar lirik ke bahasa lain. Ini tidak sepatutnya berlaku dan satu tindakan yang biadab.

5. Kami menggesa supaya pihak berkuasa mengambil satu tindakan yang tegas terhadap mereka yang terlibat dan kami juga turut menyarankan supaya Kementerian Pendidikan mengambil langkah awal menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang melakukannya. Kami berharap tiada lagi peristiwa skrip yang sama berlaku dengan akhirnya memohon kemaafan dan tiada apa-apa tindakan kepada mereka yang menjadi dalang ini.

6. Harapan kami kepada parti pemerintah dengan mengambil semangat kongres PKR yang mempunyai jiwa pendekar, mempersembahkan silat di Kongres supaya bangun dan bangkit mempersembahkan silat ini juga kepada mereka yang biadab menghina lagu negaraku.

Yang Benar,

UST. MOHD AIZAT BIN ZAKARIA
Naib Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah