Home Artikel PAS Perlis

ARC Sertai Kembara Anti Rasuah Perlis

626
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : Kembara Anti Rasuah Perlis yang berlangsung semalam menyaksikan penyertaan seramai 52 orang peserta, termasuk wakil daripada Alternative Riding Club (ARC) Perlis.

Bertemakan ‘Rasuah Disisih, Negara Bersih’, program anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis itu diadakan bersempena dengan Hari Anti Rasuah Antarabangsa (HARA) 2019 peringkat negeri hari ini.

Majlis pelepasan konvoi telah diadakan di Bangunan Persekutuan Kangar,  disempurnakan oleh Exco Kerajaan Negeri Perlis yang juga ADUN Titi Tinggi, Teh Chai Aan.

Sepanjang berlangsungnya program, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti antaranya edaran risalah serta pemasangan papan informasi anti rasuah di Wang Kelian dan Padang Besar.