Home Artikel PAS Perlis

PAS Kangar Sumbang Kerusi Roda Kepada Mangsa Kemalangan

247
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : Akibat satu kemalangan yang menimpanya beberapa hari sebelum sambutan Aidiladha yang lalu, Shabuddin Syariff, 63 tahun sehingga kini terlantar di wad Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dekat sini.

Beliau yang pernah berkhidmat sebagai anggota tentera telah mengalami koma selama tiga hari manakala tulang pehanya patah dan dua tulang dadanya telah menusuk bahagian paru-paru.

Kesukaran yang terpaksa ditanggungi Shabuddin walaubagaimanapun mendapat perhatian Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Kawasan Kangar yang telah menghulurkan sumbangan sebuah kerusi roda di kediamannya di Kampung Guar Syed Alwi, dekat sini semalam.

Sumbangan telah diserahkan kepada bapa beliau oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kangar Wan Hassan Ismail.

Pengerusinya Ustaz Asrul Aimran Abd Jalil ketika ditemui berkata, sumbangan kerusi roda berkenaan adalah bagi membantu memudahkan Shabuddin untuk bergerak memandangkan keadaan kakinya yang baru sahaja menjalani pembedahan.

“Kami berharap sumbangan yang sedikit ini mampu membantu meringankan beban kesusahan yang ditanggunginya dan doa kami agar beliau dapat pulih seperti sediakala tidak lama lagi,” katanya.

Ustaz Asrul dalam pada itu mengalu-alukan sumbangan kewangan daripada orang ramai kepada LKK PAS Kawasan Kangar bagi membantu pihaknya menyalurkan lebih banyak bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Sumbangan katanya, bolehlah disalurkan¬†melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad bernombor 09010010016455¬† atas nama ‘PAS Kawasan Kangar’ dan dimaklumkan kepada beliau (Ustaz Asrul) di talian 019-4170244 untuk tujuan rekod.