Home Berita PAS Melaka

Pemuda PAS Jasin Buat Laporan Polis FB Fitnah Presiden PAS

4011
SHARE

Oleh : Abu Fadhil

JASIN : Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin (DPPKJ) sebentar tadi telah membuat satu laporan polis terhadap pemilik akaun facebook (FB) Aniza Rahman di Balai Polis Simpang Bekoh Jasin.

Laporan dibuat oleh Ketua Komender Amal Jasin, Ustaz Mohamad Fauzee Bin Mohamad. Turut mengiringi beliau ialah beberapa orang lagi pimpinan pemuda PAS Jasin.

Menurut Mohamad, pemilik akaun FB tersebut telah membuat komentar berbaur fitnah dan keji terhadap YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

“Kami dari DPPKJ berharap tindakan tegas dapat diambil terhadap individu tersebut.” kata beliau ketika ditemuramah Wartawan Rakyat Melaka.

#PHPemfitnah
#BinaMalaysiaSejahtera
#PemudaPAS
#DemiIslam
#UntukmuMalaysia
#SocialDistancing