Home Artikel PAS Melaka

Pemuda PAS Hang Tuah Jaya prihatin rumah aktivis PAS dilanda ribut

340
SHARE

Oleh: Anas Abdullah

HANG TUAH JAYA, 4 Julai : Dewan Pemuda PAS Kawasan Hang Tuah Jaya prihatin menyerahkan sumbangan kepada seorang aktivis PAS yang rumahnya terlibat dalam satu kejadian ribut yang berlaku baru-baru ini.

Sumbangan ini di serahkan oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan Hang Tuah Jaya, Ridzuan Ibnu Sarif kepada Ezan Ahmad di sini semalam bagi membantu meringankan beban dan simpati terhadap musibah yang menimpa beliau itu.

Menurut Ridzuan, beliau serta pemuda PAS yang lain amat simpati dan sedih apabila rumah aktivis PAS itu dilanda ribut yang berlaku pada 20 Jun lepas yang menyebabkan kerosakkan teruk pada struktur rumah.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Pemuda Kawasan serta sahabat-sahabat lain yang telah memberikan sumbangan ini. Semoga Allah membalas jasa baik kalian.” Ujar beliau.

Turut hadir bersama Pengarah Media Sosial Penerangan PAS Negeri Melaka Haniff Abd Rahim, AJK Lajnah IT dan Multimedia Pemuda PAS Hang Tuah Jaya Muhammad Fareed Abu Kasin, dan Komandan Amal Hang Tuah Jaya Mohd Luqman Abu Bakar.

Kejadian ribut berlaku pada 20 Jun lalu itu menyebabkan banyak kerosakan berlaku dan memerlukan sumbangan untuk membaiki semula.

Sekiranya ada yang ingin menyumbang, boleh terus ke :

-Akaun Bank : Public Bank (4-5853 252-15)
-Atas Nama : (Ezan Bin Ahmad)

Semoga dengan sumbangan yang dihulurkan ini dapat meringankan beban dan semoga Allah membalas kebaikan anda semua.

 


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)