Home Berita PAS Pulau Pinang

Pemuda Pas Bukit Mertajam bantu penduduk Baling

165
SHARE

Oleh SYED M NAZRI

BALING, 26 OKTOBER – Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Mertajam telah melaksanakan misi bantuan kepada penduduk Kampung Teluk Rambong Ahad lalu.

Ketua Pemuda Pas Syed Mohd Nazri Syed Ibrahim berkata, program Amal Kongsi Rezeki (AKR) ini adalah usahasama Khidmat Malaysia Bukit Mertajam (KMBM) dan Jabatan Amal Malaysia (JAM) Bukit Mertajam.

Program AKR ini juga mendapat kerjasama penuh daripada Ketua Cawangan Pas Kampung Teluk Rambong, Zamri Che`Teh di sini.

Pengarah Program Yawawi Yahaya berkata,”dengan kerjasama yang baik dan bersepadu KMBM dan JAM Bukit Mertajam telah berjaya mengumpul barangan keperluan asas sebanyak 30 pek serta wang saguhati daripada ahli Pas dan orang ramai.”

Beliau berkata, kebanyakan penduduk kampung tersebut banyak terjejas pendapatan ekoran cuaca mula melangkah ke musim tengkujuh, majoriti penduduk disini bergantung penuh pada hasil sebagai penoreh getah.

“Kami amat berbesar hati dan mengucapkan jutaan terima kasih diatas sokongan oleh para penyumbang dan penduduk kampung Rambong yang telah menyambut kami sebagai tetamu dengan begitu baik dan membantu kami untuk menjayakan program ini,” ujar beliau.

Syed Mohd Nazri berkata,”beliau mengharapkan program seperti itu dapat dilaksanakan lagi dimasa hadapan dan berharap ianya dapat menjalinkan ukhwah di antara mereka,”

“Semoga sedikit perkongsian rezeki ini dapat menggembirakan mereka dan mengurangkan sedikit beban yang di tanggung penerima,” ujarnya.