Home Berita PAS Pahang

Pemuda PAS Bentong bantu projek pertanian belia

79
SHARE

Oleh: KHAULAH AL AZWAR

BENTONG, 12 Sept. :: Dewan Pemuda PAS Kawasan Bentong (DPPK), turun padang menyampaikan bantuan bagi menjayakan projek pertanian kepada warga belia di dalam DUN Ketari Khamis lalu.

Ketua DPPK Bentong, Mohd. Naqib Sahimi dan wakil ahli jawatankuasanya, Fahmi Abdullah berpeluang bertemu 25 orang belia  sekitar DUN Ketari dalam misi penyerahan sumbangan.

“Jarang kita lihat orang muda zaman sekarang buat kerja kampung. Mungkin itu perasaan saya tapi sebenarnya ramai lagi orang muda yang buat kerja kampung dan mereka sudah pun berjaya.

“Adalah suatu yang membanggakan apabila ada kalangan anak muda era milinea ini suka kepada kerja-kerja pertanian dan gigih berusaha menjayakan sesebuah projek,” kata Mohd. Naqib.

Mereka semua adalah sahabat sekawan seusia lingkungan umur 20-an hingga 30-an yang berganding bahu bersama-sama  menjayakan projek tanaman pertanian seluas 2 ekar.

“Orang muda sekarang bukan malas, sebenarnya mereka pandai berdikari. Kita lihat mereka asyik bersiaran langsung di Facebook ‘main game’ tapi sebenarnya mereka sedang ‘membuat duit’ dengan itu.

“Jangan cepat menghukum orang muda. Mereka adalah manusia yang mampu dibentuk tapi tak suka dipaksa,” jelas beliau.

Usai penyampaian, rombongan pemuda terus bergegas ke DUN Bilut bagi menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada amilin PASTI At-Taqwa Bilut, Noraini Ahmad.