Home Berita PAS Kedah

Anggota Unit Amal kemalangan dapat perhatian Pemuda Pas

84
SHARE

ALOR SETAR, 13 Sept – Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah, Ustaz Nurul Amin Abd Hamid meluangkan masa untuk menziarahi dan memberi sumbangan kepada anggota Unit Amal Pokok Sena, Alizi Baharom, 41 yang terlibat dalam kemalangan jalan raya semalam di rumahnya dekat Alor Senibong.

Dalam kejadian semalam, mangsa yang dalam perjalanan bertugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum kira-kira 8.30 pagi itu tiba-tiba terbabas sehingga menyebabkan kecederaan di kaki kiri.

Turut hadir memberi sumbangan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pedu, Radzi Md Amin dan Timbalan Ketua Pemuda Pas Pokok Sena, Ustaz Hamadah Syauqi.