Home Rencana PAS Selangor

Pemuda PAS Bangi seru kembali kepada agama – Ketua Pemuda DPPK Bangi

37
SHARE

May be an image of 1 person and text that says "PEMUDA PAS BANG BH ONLINE vertd NASIONAL Pesta liar di balai polis, 8 termasuk Ketua Balai litahan Bukit Aman Affendy Razali @bh.com.my @1:08pm ISU PESTA LIAR DI BALAI PEMUDA PAS BANGI SERU KEMBALI KEPADA AGAMA ÛZIR."

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Bangi

Oleh : Nazir Helmi
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Bangi

Dewan Pemuda PAS Bangi ingin melahirkan rasa kesal dengan kejadian pesta liar yang membabitkan anggota Polis di dalam Daerah Kajang menjelang Aidil Adha pada 20 Julai 2021.

Hari Raya Korban yang diraikan dengan mengambil makna mendekatkan diri pda Allah Yang Maha Besar perlu dihayati oleh semua pihak. Pengorbanan harta, jiwa dan raga dengan memberi makan pada fakir miskin serta yang memerlukan, perlu juga dihayati dalam mengorbankan hawa nafsu yang tercemar di bulan yang mulia ini.

Namun peristiwa yang berlaku tempoh di premis Polis itu bertentangan dengan nilai Islam, apatah lagi ianya berada pada bulan Zulhijjah dan bulan Haji yang cukup mulia.

Pemuda PAS Bangi menyokong penuh tindakan undang-undang yang akan dijalankan agar menjadi iktibar kepada pihak yang terlibat. Keyakinan kami terhadap ketegasan pihak polis tetap utuh, dan harapan besar kami agar institusi keselamatan ini terus diberi rahmat oleh Allah dan terhindar daripada perbuatan yang merosakkan imej polis samada disisi Allah mahupun di sisi pandang masyarakat awam.

Pemuda PAS Bangi mencadangkan supaya pihak polis di semua peringkat memantau tahap tekanan kerja para penjawat awam keselamatan dan mengambil peluang mengisi aktiviti rohani yang mungkin telah dijalankan oleh pihak PDRM, seraya mempertingkatkan lagi nilai tarbiyah agar semua yang terlibat dipandu untuk menghayati nilai agama dalam menjalankan tugasan seharian yang penuh dengan cabaran.

Semoga Allah mempermudahkan segala usaha kuat pihak PDRM, dan memperoleh ganjaran yang terbaik di sisi Tuhan Yang Maha Esa.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor