Home Berita PAS Selangor

Program ibadah korban KRCAMALSELANGOR 1442H – PAS Kawasan Kota Raja

4
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja

Oleh : Umar Al-Hayawi

KOTA RAJA | PAS Kawasan Kota Raja melalui NGO KRCAMAL
SELANGOR telah menjayakan ibadah korban pada tahun ini dengan norma baharu dan penjagaan SOP yang ketat. Menurut laporan, tiga ekor lembu dan dua ekor kambing telah dikorbankan pada tahun ini. Semoga Allah menerima ibadah korban oleh para peserta yang telah mengambil bahagian.

Sejak empat tahun KRC ditubuhkan, belum pernah lagi program ibadah korban ini tidak dilaksanakan. Ia adalah ibadah muktabarah yang tidak boleh disia-siakan kesempatannya. Apatah lagi memandang mudah tentangnya.

Daging-daging daripada program ini telah disampaikan selain kepada para peserta adalah untuk para asnaf daripada 10 buah cawangan PAS yang berada di Kota Raja, sebuah cawangan PAS dari Selat Klang dan sebuah cawangan PAS dari Damansara.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Mohd Diah Baharun, YDP PAS Kawasan Kota Raja yang telah menyampaikan sumbangan-sumbangan daging berkenaan. Turut hadir bersama NYDP PAS kawasan Kota Raja, Tuan Haji Razif Maslan juga merangkap Penyelaras Khidmat Malaysia Kawasan Kota Raja.

Sabda Rasulullah SAW,

“Tiada sesuatu amalan anak Adam di hari Nahar (Hari Raya Korban) yang lebih disukai Allah selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan cukup segala tubuh anggota, cukup bulunya, tanduknya, dan kuku-kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak pada suatu tempat di sisi Allah SWT. sebelum mengalir ke tanah. Kerana itu berbahagialah dirimu dengan nya”.

(Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim)

22 Julai 2021 | 12 Zulhijjah 1442H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor