Home Berita PAS Selangor

Program AD4C : Sumbangan kit bantuan makanan kepada 4 keluarga – JAMK Ampang

6
SHARE

May be an image of 3 people and people standing

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

AMPANG | Jabatan Amal Malaysia Kawasan Ampang (JAMKA) meneruskan lagi misi bantuanmereka bagi memastikan tiada lagi insan yang berlapar di kawasan Ampang. Bantuan kali ini telah disampaikan oleh 2 anggota Jabatan Amal Malaysia Kawasan Ampang (JAMKA) yang juga merupakan dua adik beradik iaitu Dr Abdul Muhaimin Azman dan Izzuddin Azman.

Penerima pertama adalah seorang remaja lelaki yang memohon untuk keluarga beliau yang tinggal bersama dan menyewa di Flat Taman Nirwana. Kesemua adik beradik beliau masih belajar dan si ayah kehilangan pendapatan. Mereka telah menerima 1 kit bantuan makanan.

Penerima kedua juga sebuah keluarga bersama anak-anak kecil, mereka menyewa di Flat Taman Nirwana. Pendapatan bulanan yang terjejas teruk telah menyebabkan mereka memohon bantuan dan telah menerima 1 kit bantuan makanan.

Penerima ketiga sepasang suami isteri bersama anak kecil yang menyewa di Kampung Pandan Dalam, Kuala Lumpur. Si suami telah kehilangan kerja ketika pendamik ini dan si isteri pula suri rumah sepenuh masa. Mereka telah menerima 1 kit bantuan makanan.

Penerima keempat yang juga sepasang suami isteri bersama anak kecil mereka menyewa di Kampung Pandan Dalam, Kuala Lumpur telah memohon bantuan kerana pendapatan mereka telah terjejas dan tidak mencukupi bagi menampung keperluan bulanan mereka. Menerima 1 kit bantuan makanan.

JAMK Ampang mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang wang ringgit dan yang banyak memberi tenaga kerja Tuan Haji Mohamad Fadzil, Tuan Nik Izme Afendy dan Tuan Capten Zainan bagi memudahkan kerja-kerja bantuan ini.

Kepada anda yang ingin membantu mereka yang memerlukan boleh berbuat demikian ke akaun:-

No Akaun : 8604427663
Nama : JAM AMPANG VENTURES
Bank : CIMB ISLAMIC BANK

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor