Home Berita PAS Perak

Pemuda PAS Bagan Serai rai guru PASTI dan SRITI

129
SHARE

Oleh : Aida Dania

BAGAN SERAI, Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Serai telah mengadakan Sambutan Hari Guru PASTI dan SRITI 2022.

Sambutan ini diadakan di Pusat Pendidikan Islam Selinsing (PUPIS) bertemakan Guru Tunjang Sekolah Sejahtera.

Sambutan ini bertujuan meraikan semua guru PASTI dan SRITI di Bagan Serai atas penat lelah dan komitmen mendidik murid-murid di sekolah.

Majlis sambutan ini telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Tuan Haji Razman Zakaria.

Dalam ucapan perasmian, Razman menzahirkan ucapan terima kasih kepada guru-guru yang konsisten mendidik anak bangsa.

Beliau turut menegaskan supaya institusi pendidikan dalam PAS akan terus diperkasakan melalui penubuhan PASTI, SRITI, SMITI dan juga institut pengajian tinggi di bawah kelolaan PAS.

Majlis turut dihadiri Ketua Pemuda PAS Negeri Perak, Ustaz Hafez Sabri. Turut hadir sama, Yang Dipertua PAS Bagan Serai, Tuan Haji Abdul Aziz Abdul Majid, Ketua Pemudanya, Ustaz Mohd Hanif Abd Karim dan Ketua Muslimatnya, Ustazah Rohaya Bakar.

Dalam pada itu, anugerah khas turut diberikan kepada guru-guru PASTI Bagan Serai sebagai tanda penghargaan jasa serta pengorbanan mereka.

Anugerah khas Guru Paling Lama Berkhidmat telah diberikan kepada Ustazah Saliza Saptu, Guru Kanan PASTI as-Sobirin manakala anugerah khas Penglibatan Guru Paling Aktif Dalam PAS telah diberikan kepada Ustazah Zaharah Jaafar, Guru Kanan PASTI al-Badar.

Selain anugerah khas, cabutan bertuah dan pertandingan juga turut disediakan kepada guru-guru. Pertandingan tersebut telah dikelola oleh Ameerah Bagan Serai bagi meraikan semua guru dan tetamu yang hadir.