Home Kenyataan Media PAS Wilayah

PAS WILAYAH PERSEKUTUAN DOKONG PENYATUAN UMMAH

66
SHARE

1. PAS Wilayah Persekutuan teguh mendokong penyatuan ummah sesama parti-parti teras Melayu dan NGO-NGO bagi memberi solusi ke arah kestabilan politik negara mutakhir ini. Pendirian ini bertepatan dengan kenyataan media pimpinan tertinggi PAS yang menyeru kepada semua pihak untuk membina semula negara melalui pengukuhan muafakat ummah.

2. PAS Wilayah Persekutuan juga yakin bahawa konflik dalaman negara dan kerisauan rakyat hanya dapat ditangani dengan berkesan sekiranya penyatuan ini berjaya dilaksanakan.

3. PAS Wilayah Persekutuan turut menolak sebarang usaha memancing undi rakyat di bawah idea ‘khemah besar’ yang tidak berasas. Harapan rakyat pernah disia-siakan oleh Pakatan Harapan yang gagal membawa perubahan semasa mereka mentadbir lantas rakyat tidak sepatutnya tertipu buat kali kedua.

4. Justeru, PAS Wilayah Persekutuan menyeru parti-parti politik, NGO-NGO dan para pemimpin rakyat di segenap peringkat untuk bersama dalam penyatuan ini bagi menjamin kesejahteraan negara dan masyarakat.

USTAZ AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan
20 Zulkaedah 1443H | 20 Jun 2022