Home Berita PAS Melaka

Pemuda PAS Alor Gajah Serah Kit Makanan Kepada JKM Untuk Diagih Kepada Guru PASTI

946
SHARE

 

Oleh : Ahmad Kautsar Md Ali

ALOR GAJAH : Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Gajah (DPPKAG), telah menyerahkan kit makanan asasi kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Alor Gajah untuk diedarkan kepada guru dan staff PASTI peringkat Alor Gajah yang memerlukan. Agihan ini mengikut kepada senarai yang telah diberikan oleh pihak DPPKAG kepada pihak JKM.

Penyerahan kit makanan ini diketuai oleh Timbalan Ketua DPPKAG, Afif Che Roselam, Naib Ketua DPPKAG Muhammad Hatin Yusof. Turut serta Yang Dipertua PAS Alor Gajah, Ustaz Syahbudin Senin.

Menurut Afif, pihak JKM Alor Gajah telah dimaklumkan tentang misi bantuan sumbangan ini dan memberikan kebenaran kepada pihak DPPKAG untuk penyerahan kit makanan ini kepada pihak JKM.

Selain itu, tambah beliau lagi, pihak DPPKAG juga telah mendapatkan bantuan RELA bagi operasi penyerahan sumbangan ini.

“Semoga Allah swt memberkati segala usaha ini dan marilah kita sama-sama berdoa agar krisis Covid-19 ini segera berakhir.” ujar Afif ketika mengakhiri program tersebut.